Wednesday, January 5, 2011

Breastfeeding kali pertama....gagal

Untuk anak-anak yang mak sayang...


Semasa mengandung abang mak tak terfikir langsung pasal breastfeeding preparation. Sangka mak breastfeeding nanti akan jadi lumrah yang azali. Takde sikit pon mak cari2 info atau ilmu pasal ni. Mak tak tahu yang 80% mothers failed to breastfeed their babies for the first time. Dan mak termasuk dalam 80% itu. Ramai rupanya ibu2 yang gagal breasfeed kali pertama.

Abang dilahirkan di hospital yang breastfeeding friendly. Tapi yang ralatnya lepas lahir, nurse hantar abang pada mak selepas lebih 6 jam abang dilahirkan. Ye...mak telah hilang 1 jam pertama yang sangat berharga dengan abang tanpa mak ketahui. Kalaulah boleh diputarkan masa... Kata nurse abang sejuk so kena berjemur dulu. Hmm bukankah mak boleh panaskan abang? Masa nurse hantar abang, abah balik rumah hantar tok. Nurse ajar mak utk breasfeed abang. Abang latch on dengan baik sekali, mak pulak yang tak reti. "see, dia lagi pandai...the boy latch on very good." kata nurse. Lepas tu nurse pesan kalau nampak muka abang biru panggil diorang. Then tinggallah kita berdua je dlm bilik. Abang menyusu lama (walaupon takde susu langsung waktu tu) dekat setengah jam camtu mak lenguh and tukar abang sebelah lagi satu lak. Bila tukar tu abang tanak bukak mulut dah. Mata still pejam...tido. So mak letak abang kat sebelah mak. Kepala abang kemek sebelah sebab lama sangat atas lengan mak masa menyusu tu. Horror jugak tengok tapi mak taktau nak buat apa...tengok je la. Nak bukak bedung abang nak tengok kaki and tangan abang tapi takut tak reti nak balut balik nanti kang. Dalam dok belek2 + kekok tak reti nak ribakan abang tu, abang mengeliat2 then terkeluar la sebelah tangan abang tu dari balutan kain. haaa dapat jugak tengok tangan n jemari abang yang kecik comel tu.

Jari2 abang yang comel

Semasa abang dijaga kat nursery memang nurse bagi susu formula. Tapi diorang bagi guna cup tak guna puting botol supaya baby nanti tak keliru puting and refuse to breastfeed. Nurse jugak ada ajar mak cmna nak bagi minum guna cup.

Alhamdulillah, mak dan abang sihat takde complication apa2. Pagi hari kedua Dr. Raoofah kata dah boleh balik hari tu jugak. Tapi sebab urusan nak discharge tu amik masa, senja baru kita sampai rumah. Tok dah marah2 tak baik masuk rumah waktu senja, baby pulak tu. Sebelum sampai rumah pegi cari susu untuk abang dulu. Tu yang lagi lambat sampai rumah. Cari2 susah jugak nak jumpa, kedai dah byk yang tutup, yelah dah lewat petang kan lagipun mak n abah mana penah beli susu. Tak tau nak beli kat kedai camna. Last2 dapat susu Lactogen kat guardian batu gajah. Boleh la kot. Tapi malam tu lepas minum susu Lactogen tu, abang sakit perut cirit dan muntah2. Risau hati mak dan abah tak dapat nak cerita. Susu mak pulak takde lagi. Kesian tengok abang nangis lapar. Pukul 3 or 4 pagi tu jugak mak dan abah bawak abang ke hospital semula untuk dapatkan susu yang abang minum masa kat hospital tu. Hospital bagi susu Mamil Gold kalau tak silap. Nurse pon actually tak tau susu brand apa sebab tin susu tu dibalut dgn kertas. Kat hospital nurse bekalkan abah dengan 2 botol susu (yang dah siap bancuh!) Susu ni nurse kata tak elok pon untuk simpan lama2. So guna untuk 2/3 kali minum je. Oklah tu sementara nak dapatkan susu yang baik sket lepas kedai bukak nanti (lagi 4/5 jam sebelum kedai bukak pagi hari ketiga)

Alhamdulillah abang ok minum susu tu dan tido elok bila sampai rumah hingga cerah.



Gambar abang pagi hari ketiga di rumah. Tido atas bantal cj7 yang sarungnya mak jahit sendiri.
Sayang abang...sayang adik...sayang ^ (to the power of) infinity...
~mak~

0 comments:

Post a Comment

 

Untuk anak anak yang mak sayang... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template