Monday, January 10, 2011

Abang @ Hari Raya Aidilfitri 2009

Untuk anak-anak yang mak sayang....

20.09.2009 - Tarikh yang cantek dan lebih bermakna bila ia jatuh pada 1 Syawal 1430. Hari raya Aidilfitri pertama abang di usia 11 bulan. kalau ikuttarikh Islam, lagi 12 hari abang genap 1 tahun iaitu pada 12 Syawal. Beraya di kampung mak, Kuala Nerang Kedah. Ini tahun pertama mak abah berhari raya berTIGA. So dah boleh buat team baju sedondon!

Hari Raya pertama dengan tema warna peach. Muka abang sapu kapur sebab kena geget nyamuk banyak kat umah tok.

Anak pertama biasalah, mak abah ghairah buat baju raya untuk abang. 2 pasang ditempah (harga upah jahit dekat2 nak sama ngn jahit baju org besar!) warna peach dan hijau lembut. Sepasang lagi mak beli online warna kuning air. Sonok tgk abang pakai baju melayu, tapi tak lengkap dgn sampin dan songkok sebab tak dapat cari saiz kecik. Nanti abang dah besar lagi sonok sambut raya kan? Nanti bila abang dah besar and dah ada keluarga sendiri baliklah beraya ngn mak abah ye. Seronok tgk muka tok and tok wan hepi jer bila anak cucu balik beraya.

Till then.

Abang adik, mak saaaayaaaang kamu berdua.

~mak~

0 comments:

Post a Comment

 

Untuk anak anak yang mak sayang... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template