Thursday, December 23, 2010

Assalamu'alaikum

Untuk anak-anak yang mak sayang...

Salam pertemuan untuk pertama kali dan untuk selama-lamanya, dari saat pertemuan kali pertama kita tika kalian dilahirkan dan sehingga saat mak menutup mata.

Antara rasa syahdu dan gembira, mak memulakan bicara di blog yang diwujudkan khas untuk kalian. Sebetulnya sudah sekian lama mak ingin memulakan bicara, namun masa amat membatasi. Hanya di saat ini, tika abang sudah berumur 2 tahun 2 bulan dan di anugerahkan adik yg berusia 3 bulan, mak berpeluang menulis. Sudah tentulah sepanjang 2 tahun itu terlalu banyak yg ingin mak ceritakan semula. Dari saat dikurniakan cahaya mata pertama (abang) sehinggalah kini. InsyaAllah mak cuba....tujuan mak hanya satu, setiap detik bersama putera dan puteri mak ini, mak ingin abadikan untuk mak ingati sepanjang hidup mak. Malah dapat juga dijadikan kenangan untuk kalian tatap di kala meniti usia dewasa kelak. InsyaAllah...selepas ini mak akan abadikan setiap kenangan kita bersama.

Jumpa lagi...saaayang abang...saayang adik.
~mak~
 

Untuk anak anak yang mak sayang... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template