Monday, January 10, 2011

Abang @ Hari Raya Aidilfitri 2009

Untuk anak-anak yang mak sayang....

20.09.2009 - Tarikh yang cantek dan lebih bermakna bila ia jatuh pada 1 Syawal 1430. Hari raya Aidilfitri pertama abang di usia 11 bulan. kalau ikuttarikh Islam, lagi 12 hari abang genap 1 tahun iaitu pada 12 Syawal. Beraya di kampung mak, Kuala Nerang Kedah. Ini tahun pertama mak abah berhari raya berTIGA. So dah boleh buat team baju sedondon!

Hari Raya pertama dengan tema warna peach. Muka abang sapu kapur sebab kena geget nyamuk banyak kat umah tok.

Anak pertama biasalah, mak abah ghairah buat baju raya untuk abang. 2 pasang ditempah (harga upah jahit dekat2 nak sama ngn jahit baju org besar!) warna peach dan hijau lembut. Sepasang lagi mak beli online warna kuning air. Sonok tgk abang pakai baju melayu, tapi tak lengkap dgn sampin dan songkok sebab tak dapat cari saiz kecik. Nanti abang dah besar lagi sonok sambut raya kan? Nanti bila abang dah besar and dah ada keluarga sendiri baliklah beraya ngn mak abah ye. Seronok tgk muka tok and tok wan hepi jer bila anak cucu balik beraya.

Till then.

Abang adik, mak saaaayaaaang kamu berdua.

~mak~

Abang @ tidoq!

Untuk anak-anak yang mak sayang...

Apakah reward yang paling berharga kat dunia ni bagi seorang ibu selepas penat bekerja seharian?? ...tatap wajah anak masa tido! Tak dapat dinilai dengan intan permata...terlalu berharga.

Wajah-wajah penenang jiwa, pelerai kekusutan dan pemangkin ceria.

Sayang abang sangat2, sayang adik tak dapat disukat2...
~mak~

Breastpump Pertama

Untuk anak-anak yang mak sayang...

Walaupon semasa mengandungkan abang mak tak terfikir nak fully breastfeed abang, tapi persediaan ke arah itu tetap ada. Hmmm mak pon tak tahu mcm mana mak boleh terpikir nak beli breastpump ni...? Mcm mana mak boleh tahu pasal ni erk...mungkin sebab mak selalu browse online pasal barang2 baby kot. So dengan takde pangalaman dan ilmu (mak pon tak tanya langsung kat org) mak terus beli breastpump avent ni. Bukan setakat breastpump aje, breastmilk storage and breastpad pon mak beli skali. Memang beriaya persiapannya tapi yang kesalnya mak tak manfaatkan breastpump ni sepenuhnya...sedih.





1. AVENT ISIS Manual Breast PumpUse less than 3 times during my 'pantang' only. Complete set all in excellent condition - A few spare part like valves, silicon diaphragm and funnel cover are NEW and unuseComes with original boxRRP RM 190.90

2. AVENT breast milk container ( 4 x 125ml/4oz)Average usage - minor scratches due to cleaningAll comes with lidNo boxRRP RM 58.90

3. AVENT Disposable breast padHave 28 more unuse still in original packRRP 49.90

Tapi beastpump ni bukan mak tak guna langsung. Semasa pantang banyak kali juga mak guna. Hasilnya mostly mengecewakan, tapi ada sekali tu dapat 2oz. Bukan breastpump ni tak bagus, tapi mak yang tak fully utilize. Banyak good reviews pasal Avent manual breastpump ni. Pengalaman mak sendiri menggunakanya pon bagus. Tak sakit tapi sedikit lenguh la (biasa la manual). Botol Avent ni memang comel. Cuma waktu tu mak tak tahu yang product Avent yang dijual kat Malaysia masa tu NON BPA FREE.

Disebabkan kurang ilmu, mak dan abah decide utk bagi fully FM pada abang bila breastfeeding seems impossible untuk diteruskan pada masa tu. So breastpump ni dan semua yang di atas mak let go pada orang lain. Doa mak, semoga pembeli tu dapat manfaat sepenuhnya daripada breastpump ni sebagaimana abang dapat (walaupon sedikit...).

Sekian dulu drpd mak.

Salam kasih sayang untuk abang dan adik.

~mak~

Friday, January 7, 2011

Abang @ 6 bulan

Untuk anak-anak yang mak sayang...

Perkembangan aban 6 bulan, dah meniarap dah menjulur (bergerak ke depan, belom merangkak betul2 lagi). Seawal 5 bulan lagi mak dah bagi makan solid (kesian abang, maaf ye mak cetek ilmu waktu tu). Tapi solid yang abang makan ialah Growell - formula beasaskan beras untuk baby 3 bulan ke atas. Mak bancuh 1-2 sudu campur dalam susu. Sejak makan growell tu abang makin bulat! Tak chubby tapi mantap! masa ni lah mak gila beli mainan kat abang thru internet. Mostly used toys. Ada yang mak beli pastu jual balik. Ada yang simpan utk adik2 abang nanti. Siap ada blog lagi untuk jual balik mainan2 tu kat sini.

Tapi apa2 mainan yang mak beli abang tunjuk minat sekejap je. Pastu tak layan dah. Yang mak abah perasan sejak kecik lagi abang mmg teruja sgt bila tg henfon dan laptop. Ada video nanti mak upload di entry yang lain ye. 2 benda ni mmg all time favourate abang sampai besar!

Abang 6 bulan @ 17/04/09. Sejak kecik lagi abah suka panggil abang "Dr Al-hafiz". Semoga betul besar nanti abang jadi Doktor pakar yang hafaz Al-Quran. Amin.

Sekian dulu...abang adik sayang.

~mak~

Abang @ 5 bulan

Untuk anak-anak yang mak sayang...

Tak banyak memori yang mak rakan sewaktu abang baby. Of course lah banyak peristiwa tapi mostly mak tak brapa ingat. Memang betullah orang kata, fasa baby ni tumbesaran pling pesat...tau2 dh merangkak..berjalan...berlari. Oleh itu, hargailah msa tu dgn sebaik2nya.


Abang masa umur 5 bulan taken @ 16/03/09. Badan sudah tegap. Dah boleh duduk dgn bantuan Bumbo baby sitter.

Hmm cuma satu perkara, buku rekod injection abang yang kementerian kesihatan tu hilang entah ke mana! Jadi mak tak dapat nak rekodkan berat, tinggi abang. Tapi alhamdulillah semua suntikan dari lahir hingga 1thn 1/2 dapat dipenuhi. Semoga abang sentiasa sihat dah terhindar dari penyakit2 yang bahaya. Na'uzubillah.

Sayang abang...sayang adik...sayang sama2 banyakkkk.

~mak~

Thursday, January 6, 2011

Abang @ Bibik

Untuk anak-anak yang mak sayang...

Bila ada anak, baru mak tahu yang segala-galanya selain anak adalah no.2. Apa2 pon anak jatuh no.1. Dan benda no.1 yang kami pikir ialah siapa nak jaga abang bila mak kerja balik nanti. Mak abah tak prefer hantar abang dok umah orang. Jadi kami sepakat ambik bibik dari seberang.

Sebelum tu, lepas 2bln cuti pantang, tok datang jaga abang sampai abang umur 3bln lebih. Tok jaga sementara nak bagi abang kuat sket. Terima kasih tok. Kemudian mak abah mula cari bibik. Akhirnya dapat sorang bibik ni hasil pertolongan Uncle Tazli (kawan mak dan abah). Nama dia Cucu Hartini. Umur sebenar mak tak pasti tapi dah 20++. Janda ada anak sorang umur dah 7thn (muda betul dia masa dapat anak) lelaki, Agung nama dia. Bibik cucu first time datang Malaysia, tinggalkan anak jauh beribu batu dengan mak dia yang dah tua semata2nak cari duit. Bila ingat balik betapa untungnya kita, tak payah keluar negara untuk menikmati kehidulan yang selesa. Bibik cucu jaga abang dengan baik cuma dia selalu murung sebab anak dan mak dia selalu sakit2. 11 bulan dia jaga abang sampai umur abang 1 thn 1 bln. Hmm abang mesti dah tak ingat dia kan? Ada gambar dia nanti mak cari - dalam hp abah.

Kat bawah ni gambar abang masa hantar dia kat airport untuk balik Indonesia. Dia balik cuti 2 minggu nak tgk mak dia sakit tenat. Tapi siapa sangka lepas seminggu dia balik, dia telefon kata takmo datang kerja balik dah. Frust mak dan abah waktu tu. Siapa pulak nak jaga abang lepas ni??? Ikuti sambungannya nanti ya...

Dalam kerata. mengamuk takmo duduk dlm carseat kat belakang ngn bibik.
Low cost terminal Airasia
Sekian dulu.
Syayanggg abang adik...
~mak~

Abang @ Hari Raya Haji

Untuk anak-anak yang mak sayang...

8 Dec 2008

Hari tu hari Raya Aidil Adha yang pertama abang. Kita tak balik kampung. Raya kat umah sendiri je. Pastu solat solat g umah Opah Tg. Malim. Jumpa Ummi. Abang dan Ummi lahir beza genap sebulan dan kalian lahir pada hari dan bulan yang sgt special. Ummi 12 Sept = 12 Ramadhan, abang 12 Oct = 12 Syawal. Unik kan? Senang nak ingat. Sangat istimewa. Cuma yang mak ralat, Ummi dpt minum susu ibu sepenuhnya tapi mak tak mampu bagi abang kebaikan yang sama.

Mula2 tanak dekat

Ummi: "Tepi sket lah...iyyaahh dush!"
Fatih: "Adoihh"

Kita dah kawan2

Posing lagi. Tembam ummi masa nih.

Bisik2 ape tuh?

Dah tiba masa nak balik. Bye2 Ummi, nanti kita jumpa lagi. Dalam keta cam biasa, abang tido jer.

Salam sayang penuh kasih utk abang dan adik.

~mak~

 

Untuk anak anak yang mak sayang... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template